Autumn in Korea: Sokcho, Mount Seorak Day 2


Penat hari pertama memang dasat, plan nak bangun awal ke laut..bangun lewat beramai-ramai wei. Natijahnya, plan ke Mount Seorak masih lagi berjalan tapi lewat. Aku dengan Eera je pagi ni, dua orang lagi ada urusan lain, pegi lewat lagi.

Aku lupa dah, tapi rasanya keluar bilik dah lepas waktu orang pegi office. Nasib baik... kalu tak, mau jadi sardin dalam train.


Macam bese, dalam train kan masing-masing hadap fon.

Ada dua station bas untuk ke Sokcho. Kami pergi kat Terminal Bas Utama Intercity (kalu aku tak silap) satu lagi nama apa dah Dong Seoul? Ke Gangbyeon? Tiket atas ni one way sahaja. Return kami beli kat Terminal Sokcho. -Gambar di ambil kat Lotteria dalam terminal, air pepsi sponsor dari Infinite>.< hee

Steady tunggu bas.

Semestinya kat sini service bas diorang pun ada system yang bagus, sangat punctual, boleh nampak kat screen tv depan seat mana dah occupied or belum macam nak pilih seat tengok movie tu.

Hampir separuh perjalanan, bas berhenti kat hentian rehat selama 15 minit sahaja. Sempat gi tandas kejap.

Amik gambar sekeping sebelum naik bas dan sambung perjalanan.

View dari tingkap bas, nampak dah bukit-bukit cantik dengan warna yang dah bertukar. <3 font="">

Sampai dah kat Terminal Bas Sokcho! Eh itu hotel kami ROCUSTEL! Memang sebelah terminal je hotel ni, tinggi pulak macam istana kartun, senang nampak. Sekarang kena pusing cari pintu masuk ke hotel. Nampak sebelah je, tapi kena pusing bangunan sebab terminal berpagar. 

Yeay, dah boleh check in! Terus menuju ke bilik.. dan wow besar okie bilik dia. Sangat bersih, siap ada private bathroom with bathtub(wee aku suka sangat bilik ada bathtub), ada LCD tv, peti ais, hair dryer, sikat, pemanas air, apa lagi ni banyak pulak.

Pemandangan dari tingkap bilik kami, bilik ni untuk dua orang, tak ada katil(korean style futton) tido atas lantai.

Koridor depan bilik kami, panjang ke hujung.

Habis geledah bilik, kami turun pegi cari station bas untuk pegi ke Mount Seorak National Park. 

Station bas kat seberang jalan ye.

Tiket masuk ke National Park 3500 won. Tapi sebab dah petang, cable car ticket dah sold out untuk hari itu, or sebab lewat sangat kami sampai. Jadi masuk jela dalam park.

Peta Seoraksan National Park. Kami decide untuk jalan kaki ke Biryong Falls, hiking sikit-sikit. fuh.

Nampak tak apa kat depan tu?
Yes, that famous bear statue! tempat wajib bergambar bila sampai kat sini.

Hari dah petang, jadi kami pilih untuk easy walk saja ke laluan paling dekat Yukdam Falls sebab Biryongpokpo tengah baikpulih.

Indahnya warna autumn, daun ceria yang warna merah. 

Hikers yang local ramai dari golongan pertengahan dan yang dah berumur. Gaya hidup sihat uols.

Map of Seoraksan. Besar! 


Nampak tak signage? Kalau ikutkan, jarak ke cable car paling dekat T.T. Tapi kita gigihkan kaki berjalan ke Yukdampokpo (Falls) dengan harapan aku nak tengok air terjun.

Berjalan merentas jambatan yang tak ada air. Pergi terus, belok kiri.


Laluan ke Yokdampokpo. 1.8km lagi..



Gambar ambil pakai phone cikai, don't do justice to this beautiful nature.

Alahai dekat dah! sikit je lagi. Tapi hari dah hampir gelap. Kat sini la aku nampak kucing, bukan halusinasi, sebab Eera pun nampak. Someone's pet got lost.

Kami sampai kat sini, tempat banyak batu-batuan, banyak pokok bertukar warna autumn. Berhenti ambil gambar, pusing-pusing hari memang dah nak gelap! Tak sempat dah nak pegi tengok pokpo. Bayangan cerita hantu Korea jelas dalam fikiran aku sekarang ni. 

 Autumn leaf. Bawak balik , laminate sampai kering.

 Naik bas dari national park dalam 20 minit, memang beruntung duduk kat Rocustel, betul-betul sebelah terminal. Bilik memang tip-top, selesa, bersih dan luas! Walaupun satu malam je tido sini, I'll always miss this place. 

Yang penting, malam tu aku tengok Twenty Again>.< lepas tu sambung She Was Pretty sampai tengah malam. Bong Hostel kat Seoul tak ada tv, sini boleh la layan channel orang Korea. Sebelum datang sini, aku dah bawa bekal megi cup, nasi instant dengan serunding. Makan malam dalam bilik sambil tengok Choi Ji Woo. Harunya, pagi esok tu bangun lambat.

Post seterusnya di Seoraksan lagi!

Comments

Popular posts from this blog

Underweight Dilemma

Autumn in Korea: Seoul Day 1.2